October 21, 2008

74th edition

saya ada 'Apartment Booking Session' esok hari, timeslot saya pukul 10.45. Nampaknya tiada Ilmu bagi saya.. hanya Murni. jauh tuu.. dari Upten.. Tidak apa lah.. Mungkin sudah tiba masanya saya memasak sendiri di rumah. Ya. Matul masak. Bukankah saya pernah katakan bahawa saya meminati masakan tradisional?

Hari Jumaat ini mahu keluar bersama-sama rakan yC. Ke Alamanda menonton High School Musical 3: Senior Year. Wayang bermula pukul 7.45 dan 9.45 (kot), anda pilih la yang mana anda mahu. Lagi satu, kenapa saya pula yang harus mem-booking tiket-tiket? saya sibuklah mahu belajar untuk Finals. Apa pun, saya sungguh teruja mahu keluar bersama kamu semua.

Pasti kalian bingung mengapa saya berbahasa baku. Ku berbahasa baku~
Alasannya, ske ati ak la.

Berkenaan apartment Murni, blok dan tingkat mana yang lebih afdal untuk di-book? Dengar khabar tingkat 1 dan 2 senang dimasuki pencuri. Tingkat 5, 6, dan 7 pula pernah berlaku kes 'paranormal' yang saya dengar dari Abang saya. Jadi yang tinggal hanya 3, 4, 8 dan seterusnya. Saya tidak mahu tingkat 4, x ong maa. Jadi saya mahu berebut tingkat 3. Bloknya? entahla. Yatie tidak mahu tinggal serumah, katanya mahu berdikari. Tapi mahu pula tinggal di rumah sebelah. ske ati kmu la. Nanti tinggal saya dan Qistina sahaja. Kemungkinan Qila akan ikut tinggal bersama. Tidak pasti lagi.

sampai disini sahaja nukilan saya.