saya sedih kerana tidak dapat ber-holiday di Genting.
namun saya lagi sedih tidak dapat melakukan perkara itu semasa peluang sudah ada di depan mata.
dua kali peluang.
dua kali sedih.
adakah benar bak kata Amira aka 'Innocent Bystander'; "kita sebagai manusia cepat mengalah kerana takut akan kegagalan"?
saya tahu saya takut.
saya tahu minda saya dengan cepatnya memikirkan segala macam akibat dari semua aspek walau dengan hanya daripada satu perkataan yang sangat mudah - 'Hai'.
saya tahu ini bukan perkara mudah.
saya tahu ini juga bukan mainan.
saya tahu ini bakal menentukan masa depan.