oh yea sebelum itu pernahkah kucing anda (bg yg membela kucing) sangat inginkan perhatian anda hingga duduk diatas keyboard anda dan bila cuba dialih, dia cabut butang 'space' anda?
saya pernah. tak lawak keyh.
okay la kita sambung bab orang yang saya terasa hati tuh.
seblum itu pernah kah juga kucing anda (bg yg membela kucing) sangat inginkan perhatian anda hingga duduk diatas keyboard anda (sekali lagi) dan bila cuba dialih, dia tekan butang 'on/off' anda?
saya pernah. serious tak lawak keyh.
haha. okay la saya sambung cerita.
saya tak tau la knape makin menjadi-jadi perasaan terasa hati tuh. mari kita kaji perkataan 'Terasa Hati'.
adakah kita makan hati? tidak, itu keterlaluan.
adakah kita sakit hati? mungkin.
adakah kita terasa hati? YA itulah jawapannya.
inilah peringkat hati seorang manusia dalam aspek negatif.
terasa hati -> sakit hati -> makan hati
oleh itu anda (yang saya terasa hati tuh) sangat bernasib baik kerana masih dalan peringkat pertama.
seblum itu pernahkah anda membawa kereta anda ke car-wash 8 ringgit tapi pulang dengan sakit tekak?
saya pernah. dan masih sakit. Buta-san btul.
sambung balik keyh.
anda bernasib baik kerana saya masih sayangkan anda.
anda bernasib baik kerana saya hargai masa kita bersama.
nampak gayanya saya tidak bercerita langsung kan? haha.
post ini ditujukan kepada semua yang mengenali
saya tak kira lah siapa sebab saya tidak akan
memberikan klu kepada anda untuk mengetahui
siapakah gerangannya orang itu.